Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ketua Umno Padang Serai lepas jawatan
Diterbitkan:  Aug 26, 2011 3:05 PM
Dikemaskini: 7:06 AM

Ketua Umno bahagian Padang Serai, Abdul Rahman Mahamud telah melepaskan jawatannya itu baru-baru ini selepas dinasihatkan berbuat demikian.

Pengerusi badan perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, Abdul Rahman telah melepaskan jawatan itu berikutan nasihat pucuk pimpinan parti atas sebab-sebab kepentingan parti tetapi masih kekal sebagai penyelaras DUN Merbau Pulas.

    

Ahmad Bashah bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai sebab-sebab yang membawa kepada peletakan jawatan itu.

    

“Inilah satu keindahan pada pentadbiran Umno, tiada penyisihan sepenuhnya terhadap bekas ketua bahagian itu kerana pucuk pimpinan masih menghargai khidmat dan dedikasi beliau terhadap rakyat dan parti selama ini," katanya.

Beliau memberitahu Bernama demikian selepas majlis Iftar Ramadan dan penyampaian bantuan Aidilfitri anjuran

Umno Bahagian Padang Serai di Masjid Sungai Karangan di Padang Serai malam tadi.

    

Hampir 500 orang yang terdiri daripada warga emas, orang susah dan miskin, Orang Kurang Upaya (OKU), anak-anak yatim dan ibu tunggal dalam Parlimen Padang Serai mendapat bantuan barang-barang keperluan dapur, pakaian dan “duit raya’ sempena Aidilfitri.

- Bernama

ADS