Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Reformasi pilihan raya: Bagaimana M'sia dinilai?

ULASAN Ini adalah artikel kedua mengenai cadangan-cadangan yang dibuat untuk pembaharuan pilihan raya di Malaysia, kenyataan balas oleh kerajaan, dan keadaan di Malaysia berbanding dengan negara-negara lain.

Mebenarkan mengundi di luar negara

Ramai rakyat Malaysia mahu semua rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara diberikan hak mengundi, dan bukan hanya terhad untuk kakitangan kerajaan dan tentera yang ditugaskan di luar negara ataupun rakyat Malaysia yang menuntut di negara-negara asing.

azlan Terdapat lebih satu juta rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara, tetapi menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar, hanya 2,500 daripada mereka layak untuk mengundi.

Kerajaan juga gagal memberikan aalasan atau hujah yang kukuh mengenai mengapa tidak semua rakyat di luar negara diberikan hak untuk mengundi. Walau bagaimanapun, dua hari lalu pengerusi SPR Tan sri Abdul Aziz Yusof (kiri) dilaporkan berkata "diharapkan" semua pengundi berdaftar yang tinggal di luar negera akan dapat mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Sehingga kini, kerajaan dikatakan tidak membenarkan  rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi kerana bimbang sebahagian besar mereka bukan penyokong Umno atau rakan-rakan gabungan BN. Di samping itu, realiti etnik bahawa kebanyakan rakyat Malaysia di luar negara adalah bukan Melayu, dan kemungkinan besar, mereka tidak akan mengundi Umno.

azlan Jadi rumusan Umno, membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi, mungkin membawa padah kepada parti pemerintah itu.

Tiada konsensus antarabangsa yang jelas mengenai hak rakyat yang tinggal di luar negara untuk  mengundi di negara-negara asal mereka.

Akses yang adil kepada media

Pengundi bermaklumat - yang hanya wujud jika terdapat aliran bebas maklumat tentang parti, calon-calon, dan latar belakang mereka - adalah penting untuk demokrasi yang sihat. BERSIH 2.0 telah menuntut untuk akses yang bebas dan adil kepada media untuk semua parti-parti politik yang bertanding.

azlan Terdapat banyak laporan antarabangsa yang menyokong tuntutan BERSIH itu. ‘Wartawan Tanpa Sempadan’ menempatkan  Malaysia di tangga 141 daripada 178 negara dalam Indeks Kebebasan Akhbar.

Laporan Amalan Hak Asasi Manusia Jabatan Negara Amerika Syarikat mengisytiharkan bahawa parti-parti pembangkang di Malaysia tidak mampu untuk bersaing secara adil dengan gabungan yang didominisasi oleh Umno yang mengenakan pelbagai sekatan ke atas berkempen dan kebebasan berhimpun serta berpersatuan.

Jabatan Negara itu melaporkan "berita-berita mengenai pembangkang disekat dan dilaporkan dengan gaya yang nyata berat sebelah."

Mari kita lihat cara-cara di mana maklumat tentang parti, calon-calon dan latar belakang mereka disebarkan di Malaysia.

NONE 1) Media milik dan kawalan kerajaan, seperti RTM dan Bernama , adalah sepatutnya institusi awam untuk semua rakyat di Malaysia. Ini kerana perbelanjaan mereka dibiayai oleh semua pembayar cukai tanpa mengira fahaman politik mereka.

Tetapi dalam realiti, RTM dan Bernama menjadi senjata propaganda Umno dan BN. Malah RTM , tanpa silu menggunakan wang pembayar cukai untuk menyiarkan Perhimpunan Agung Tahunan Umno. Hala tuju RTM dan Bernama adalah di bawah telunjuk Perdana Menteri dan Kementerian Penerangan. Mereka sentiasa mengampu parti pemerintah dan mencela serta menjadikan parti pembangkang sebagai momokan.

bagan pinang by-election ec preparing postal votes 071009 deputy chief wan ahmad Di negara-negara lain dengan sistem penyiaran milik awam - sebagai contoh, UK, Australia, Jepun, dan Amerika Syarikat - akses diberikan kepada semua parti-parti politik, dan liputan  dibuat tanpa berat sebelah.

Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad ( bertali leher ) telah berkata bahawa beliau tidak boleh memaksa akhbar dan stesen-stesen televisyen untuk melaporkan berita  pembangkang.

Hakikat itu adalah benar. Perkara berkenaan bukan dalam bidang kuasa SPR. Tetapi ia adalah dalam bidang kuasa kerajaan dan oleh itu topik berkenaan seharusnya dibincangkan dan bukan ditolak ketepi.

utusan on pas election 2) Di Malaysia, akhbar dan stesen televisyen milik persendirian yang dikuasai oleh syarikat-syarikat di bawah kawalan Umno, MCA dan MIC, dan mereka dibenarkan menyebarkan pandangan mereka secara bebas kepada semua orang.

Sebagai kontras, tiada terdapat stesen televisyen atau radio yang dimiliki oleh penyokong pembangkang. Malah, akhbar-akhbar pembangkang juga tidak dibenarkan dijual secara terbuka. Ia hanya boleh diedarkan kepada ahli-ahli parti - amalan yang jelas diskriminasi.

3) Di sebalik sekatan itu, Wan Ahmad mendakwa pembangkang dan penyokongnya mempunyai akses kepada sumber-sumber media alternatif - portal berita di internet dan laman web serta blog. Ini juga adalah benar. Tetapi ini menjadikan ‘pertandingan yang tidak seimbang’.

Pembangkang dipaksa untuk bertanding dan berkempen dengan satu tangan terikat di belakang. Mereka mempunyai senapang, tetapi pihak yang satu lagi mempunyai meriam.

azlan Sesetengah laman alternatif jelas menyokong pembangkang. Portal lain (seperti Malaysiakini ) cuba untuk memberikan pandangan yang lebih seimbang daripada media arus perdana dengan memberikan pandangan dari sudut yang berbeza. Hasilnya, laporan mereka sentiasa tidak disenangi oleh kerajaan.

Oleh itu, media alternatif seumpama itu sentiasa tertakluk kepada gangguan dan hambatan. Contohnya, pada pilihan raya negeri sarawak, April lalu, laman Malaysiakini diserang virus DDOS. Ini bertujuan menyekat aliran maklumat kepada pengundi Malaysia.

 


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

JOHN R MALOTT adalah Duta amerika Syarikat ke Malaysia daripada 1995-1998, dan beliau terus memantau perkembangan negara ini.

[Baca berita penuh]

ADS