Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peguam: K'jaan tak rasional, takut pembangkang
Diterbitkan:  Aug 27, 2011 1:35 PM
Dikemaskini: 5:44 AM

Seorang peguam Inggeris yang mewakili pertubuhan hak Hindu yang diharamkan, Hindraf tetapi dihalang memasuki Malaysia untuk berjumpa dengan anak guamnya telah membidas kerajaan BN dalam wawancaranya yang agak kritikal dan disiarkan di akhbar Britain, The Guardian .

imran khan Imran Khan ( kiri ) telah dihalang memasuki Malaysia pada 12 Ogos di ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) atas alasan bahawa dia mungkin menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara. Beliau ditahan kira-kira 12 jam sebelum diusir pulang.

Mengimbas kembali kejadian yang dilabelnya sebagai "menghina tetapi ‘membuka mata’", Imran menulis bahawa dia datang ke Malaysia untuk mengumpul bukti bagi menyokong kes yang difailkan oleh pengerusi Hindraf P Waytha Moorthy.

"Ketibaan saya di Malaysia telah menerima publisiti terlebih dahulu daripada pihak polis yang cuba menakut-nakutkan penganjur tempat di mana saya dijangka menemu-bual pihak-pihak yang membuat dakwaan berkenaan.

"Justeru, ada kebimbangan apabila saya melaporkan diri di kaunter imigresen setiba di KLIA," tulis Imran.

NONE Mimpi ngerinya bermula selepas pasportnya diperiksa. Beliau diheret ke pejabat imigresen tanpa sebarang penjelasan.

Namun, seorang lagi peguam yang terlibat dalam kes berkenaan, Suresh Grover ( kanan ), telah dibenarkan masuk ke negara ini.

Lawatan kedua-duanya adalah sebahagian daripada usaha Hindraf untuk mempermantapkan kes mereka terhadap kerajaan British, yang dituduh mengabaikan kaum India tanpa perlindungan selepas membawa mereka masuk sebagai buruh ke Malaya ketika itu.

[Baca berita penuh]

ADS