Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rundingan agihan kerusi DAP-PKR tumbang
Diterbitkan:  Sep 20, 2011 6:51 PM
Dikemaskini: 11:15 PM

Perbalahan antara DAP dan PKR berhubung agihan kerusi di Johor semakin parah dengan Ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau mengisytiharkan bahawa parti itu tidak akan duduk di meja rundingan bersama PKR sekali lagi.

NONE Menurut laporan dalam akhbar-akhbar bahasa Cina hari ini, Boo membuat kenyataan itu semasa jamuan makan malam DAP pada hari Ahad lalu. Beliau menuntut rakan sejawatan PKR Datuk Chua Jui Meng supaya bertanggungjawab sepenuhnya berhubung kegagalan rundingan berkenaan.

Boo mendakwa bahawa rundingan agihan kerusi sebelum ini dengan keempat-empat pemimpin PKR  yang terdahulu Chua berjalan lancar sehingga bekas menteri itu mengambil alih jawatan berkenaan pada tahun lalu.

Walaupun tarikh akhir rundingan adalah pada 31 September ini, Boo memutuskan untuk membatalkan pertemuan selanjutnya kerana mendakwa PKR gagal menunjukkan komitmen dan keikhlasan.

"Rundingan antara DAP dan PKR di Johor telah tumbang. Kepimpinan pusat akan menentukan sama ada beberapa kerusi akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru," katanya dipetik oleh akhbar China Press .

chua jui meng final dap ceramah tenang Bagaimanapun menurut pemimpin pembangkang negeri Johor itu, rundingan dengan PAS Johor akan diteruskan seperti biasa.

Chua ( kanan ) pula dalam kenyataannya kepada China Press berkata semua parti komponen Pakatan Rakyat perlu mengetepikan perbezaan mereka dan bersatu dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan BN.

"Saya harap semua rakan-rakan seperjuangan parti komponen Pakatan boleh mematuhi disiplin dan bersatu untuk mencapai cita-cita bersama kita,” katanya.

[Baca berita penuh]

ADS