Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hudud: Kenyataan Soi Lek tak untungkan BN, kata Dr M
Diterbitkan:  Sep 24, 2011 7:00 PM
Dikemaskini: Sep 25, 2011 1:20 AM

Umno tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu hendak melaksanakan hukum hudud, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

    

NONE Bekas Presiden Umno itu juga berkata setahu beliau, Umno tidak pernah menyebut mengenai perkara itu.

    

"Kita tak kata nak laksana atau tidak, kita tak kata apa-apa pun," katanya ketika mengulas kenyataan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di laman Twitter semalam, bahawa MCA akan keluar daripada BN jika Umno melaksanakan hukum Hudud.

    

Kenyataan seperti itu tidak sepatutnya dikeluarkan kerana ia tidak menguntungkan BN, katanya kepada pemberita selepas merasmikan

mesyuarat agung tahunan Perkim kebangsaan kali ke-50 di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata jika MCA keluar BN, ia sudah tentu menguntungkan DAP.

    

- Bernama

ADS