Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib, isteri akan tolak teori konspirasi
Diterbitkan:  Sep 27, 2011 5:34 PM
Dikemaskini: 9:47 AM

Dalam usaha mengketepikan permohonan meminta mereka tampil sebagai saksi pendakwa dalam kes perbicaraan liwat II,  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor akan menafikan mereka berkonspirasi mengenakan dakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

azlan Menurut sumber, perkara itu akan menjadi teras hujah mereka apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendengar permohonan masing-masing untuk mengketepikan sepina mereka pada Khamis ini.

Najib sebelum ini, mengakui berjumpa dengan pengadu kes berkenaan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada malam 24 Jun 2008. Beliau yang merupakan timbalan perdana menteri, ketika itu kemudiannya dilaporkan telah menasihatkan Saiful untuk membuat aduan kepada pihak polis.

Saiful pada keterangannya dalam kes pendakwaan telah mengadu kepada Najib hari itu mengenai  Anwar. (Walau bagaimanapun, konteks aduannya telah dikeluarkan daripada rekod mahkamah.)

Adalah difahamkan bahawa Rosmah akan menafikan beliau berjumpa dengan Saiful, yang ketika itu adalah pembantu kepada Anwar. Ini akan disokong dalam keterangannya Saiful, sebelum ini.

Juga difahamkan, Najib akan memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak memberi arahan atau meminta orang lain bersubahat dalam pertuduhan yang didakwa dirangka itu.

anwar sodomy saiful bukhari azlan allegations 290608 Justeru, Najib dan Rosmah dijangka berhujah bahawa permohonan pihak pembelaan untuk memanggil mereka sebagai saksi adalah penyalahgunaan proses mahkamah.

Afidavit yang difailkan pasangan itu dengan pendaftar mahkamah melalui peguam mereka pada  Rabu lalu menamakan Anwar dan pendakwa raya sebagai responden.

Anwar yang dituduh meliwat Saiful di sebuah unit kondominium Desa Damansara pada 26 Jun, 2008, memilih memberi kenyataan pembelaannya dari kandang tertuduh.

ADS