Bank Malaysia rugi RM37 juta akibat ditipu

   

Sebuah bank tempatan mengalami kerugian teruk sepanjang 26 tahun tempoh perniagaannya selepas ditipu sebanyak RM37 juta melalui satu komplot pinjaman sebuah syarikat, dua tahun lalu.

Menurut laporan Utusan Malaysia hari ini yang memetik sumber polis, pinjaman diluluskan sepenuhnya secara sekali gus pada 2009.

Akhbar itu juga memetik sumber sebagai berkata bank berkenaan membuat laporan polis selepas siasatan dalamannya gagal mengesan syarikat itu.

"Siasatan awal polis mendapati, pinjaman dilakukan oleh pihak yang telah berkomplot dan melakukan penipuan secara licik sehingga bank tidak mempunyai masalah untuk meluluskan pinjaman kerana selain dokumen yang meyakinkan, pinjaman turut mendapat jaminan sebuah bank lain," katanya

Sumber itu bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada terdapat penglibatan 'orang dalam' dalam kes penipuan ini kerana siasatan pihak polis masih di peringkat awal.

Hala tuju PAS dipersoal

Dalam laporan lain, akbar milik Umno itu memetik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim berkata hala tuju perjuangan PAS semakin kabur dan bercelaru apabila parti tersebut sanggup mengorbankan akidah semata-mata untuk tujuan politik.

azlan Ini kerana, kata beliau, parti berkenaan tidak menyokong Akta Murtad dan penganjuran Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN).

Sebaliknya, Mashitah dipetik berkata, PAS sanggup menyertai perhimpunan  Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang dipengerusikan oleh Datuk S Ambiga, individu yang menyokong tuntutan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) kepentingan politik mereka.

“Apabila HIMPUN diadakan, apakah pendirian PAS? Apabila ada cadangan Akta Murtad perlu diwujudkan, apakah pendirian PAS?

"Tetapi, apabila perhimpunan haram BERSIH diadakan, PAS menyokong dengan penuh semangat. Di manakah pendirian dan perjuangan PAS untuk membela Islam?’ katanya lagi dipetik akhbar itu.

Malaysiakini
terkini untuk anda