Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hadi: Terus berkorban, tegakkan keadilan Islam
Diterbitkan:  Nov 6, 2011 10:01 AM
Dikemaskini: 2:05 AM

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru seluruh umat Islam di negara ini meneruskan pengorbanan demi menegakkan keadilan Islam.

azlan Dalam perutusan Aidiladha yang disiarkan di Harakahdaily , Abdul Hadi berkata, pada zaman ini sudah menjadi terbalik apabila pemimpin Islam mengorbankan agama untuk kepentingan diri dan duniawi.

"Maka menjadi tanggungjawab kepada kita untuk meneruskan pengorbanan di zaman ini, bagi memastikan tertegakkan keadilan Islam yang akan memayungi kesejahteraan hidup manusia pelbagai bangsa dan agama.

"Malanglah di zaman ini, ramai manusia mengorbankan agama untuk kepentingan diri dan duniawi sehingga membiarkan dunia terus rosak dengan jenayah, ekonomi, politik dan sosial yang pincang akibat mengenepikan syariat Allah," katanya.

Aidiladha katanya, mengingatkan umat Islam tentang pengorbanan nabi-nabi terdahulu menegakkan agama Allah sehingga sanggup meninggalkan segala kemewahan dan keselesaan dunia.

azlan Sebagai contoh, katanya, Nabi Ibrahim berkorban dengan meninggalkan anak dan isterinya di kawasan yang kering. Begitu juga dengan Nabi Musa yang meninggalkan istana Firaun yang mewah manakala Nabi Muhammad SAW pula meninggalkan tanah air tercinta untuk menegakkan syariat Allah.

"InsyaAllah dengan kesedaran yang sama-sama kita bina sempena hari raya ini, akan membuahkan hasil yang baik kepada diri, masyarakat dan negara ini ke arah melahirkan negara yang sejahtera dan adil untuk semua dengan cara mematuhi perintah Allah dalam semua perkara,” katanya.

ADS