Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Manakala ahli parlimen Pakatan Rakyat menjustifikasikan tindakan mereka keluar Dewan sewaktu perbahasan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman semalam sebagai satu protes, tetapi ada pihak yang kecewa dengan tindakan tersebut.

NONE Antara mereka ialah Melissa Loovi, yang bersama-sama 20

anak muda, berhimpun menyertai nyalaan lilin "Occupy Parliament" di Jalan Parlimen malam tadi.

"Saya tidak tahu perasaan pengundi berdaftar yang lain, tetapi sebagai seorang yang aktif menyokong pembangkang, saya kecewa dengan MP saya dan rakan-rakannya yang keluar Dewan. Mereka bukan dipilih untuk berbuat demikian," katanya.

"Hakikat bahawa undi pembangkang tidak akan dapat menghalang Rang Undang-Undang tersebut adalah soal kedua kepada saya, kerana mereka sepatutnya hadir di Dewan dan menyuarakan suara pengundi mereka, daripada berada di tempat lain ketika rang undang-undang itu diluluskan."

Loovi berkata, beliau telah mengambil bahagian dalam

kempen  'Hello MP' di mana pengundi mahu ahli parlimen masing-masing mengundi menentang rang undang-undang tersebut.

"Kami menghubungi ahli parlimen dan mereka berkata mereka akan mengundi menentang rang undang-undang tersebut," katanya.

Yang lain juga menyokong pendirian Loovi dan merasakan ahli parlimen terbabit sepatutnya hadir menentang rang undang-undang tersebut dan hanya bertindak keluar dewan sebagai langkah terakhir.

[Baca berita penuh]

ADS