Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
50 peratus kemenangan jika selesaikan masalah rakyat
Diterbitkan:  Dec 4, 2011 3:51 PM
Dikemaskini: 8:43 AM

Lima puluh peratus kemenangan seseorang calon wakil rakyat itu adalah bergantung kepada keupayaannya untuk menyelesaikan masalah setempat atau kawasan yang diwakilinya, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid Umno VP Beliau berkata, jika seseorang calon gagal maka sokongan boleh hilang dan peluang untuk memenangi pilihan raya tidak dapat dicapai.

"50 peratus kemenangan seseorang calon wakil rakyat itu bergantung kepada penyelesaian masalah, jika masalah tidak dapat diselesaikan, maka beliau rugi 50 peratus untuk mencapai kemenangan pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada pelajar Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Parlimen Bagan Datoh, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, justeru itu ketiga-tiga naib presiden Umno diberi tanggungjawab untuk memantau setiap bahagian yang masih mempunyai masalah dalaman yang perlu diselesaikan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Katanya, masalah di peringkat bahagian itu akan diselesaikan secara berhemah dalam tempoh yang segera.

NONE Beliau turut berharap tidak ada mana-mana anggota parti termasuk bekas wakil rakyat yang tidak terpilih untuk menjadi calon pilihan raya umum mensabotaj calon yang dipilih.

Pucuk pimpinan mengambil pendekatan memilih calon yang boleh menang dalam pilihan raya, jentera parti perlu digerakkan dengan semangat perpaduan tanpa mempunyai masalah dalaman bagi menjamin kemenangan pilihan raya umum akan datang, katanya.

- Bernama

ADS