Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MCA cabar PAS masukkan hukum hudud di manifesto
Diterbitkan:  Dec 4, 2011 9:05 PM
Dikemaskini: 1:09 PM

PAS perlu memasukkan undang-undang Hudud dalam manisfesto pilihan rayanya dan menjadikannya satu agenda bersama bagi Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang, lengkap dengan butiran mengenainya, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

"Saya suka mencadangkan, atas soal ketelusan, supaya PAS memasukkan undang-undang Hudud dan pelaksanaannya, dalam manifesto pilihan raya mereka.

NONE "Memandangkan mereka sentiasa kata mereka tidak pernah merujuk rakan dalam Pakatan, jadi saya cadangkan dalam forum ini supaya ia dijadikan agenda bersama pembangkang," katanya dalam forum bertajuk "Hudud: Implikasi ke Atas Orang Bukan Islam di Malaysia anjuran Institut Analisis Strategik dan Penyeldidikan Dasar (INSAP), di Kuala Lumpur.

Walaupun PAS meyakinkan orang ramai bahawa undang-undang Hudud tidak akan menjejaskan masyarakat bukan Islam tetapi sebagai rakyat Malaysia, Dr Chua berkata ia akan memberi kesan kepada semua orang sama ada Islam atau bukan Islam.

Dr Chua berkata dalam usaha memahami Hudud dengan lebih mendalam, forum anjuran INSAP ini boleh memberi pengetahuan berguna kepada bukan Islam mengenai undang-undang itu.

Antara anggota panel dalam forum itu ialah Presiden International Movement For a Just World (JUST) Prof Dr Chandra Muzaffar dan Penasihat Agama kepada Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Saidin.

- Bernama

ADS