Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Projek parkir Bkt Bendera: Lim, Dr Ng berperang mulut

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dibidas kerana tidak menyemak faktanya  apabila mengkritik kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung projek bangunan letak kereta bertingkat-tingkat berharga RM5 juta yang terletak di kaki Bukit Bendera.

NONE Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata menteri MCA itu suka “mempersalahkan diri beliau” bagi kegagalan projek berkenaan sedangkan ia diluluskan di bawah kerajaan negeri terdahulu.

Lim berkata, selepas diluluskan, projek berkenaan diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kemudian ke PDC Consultancy untuk rundingan reka bentuk.

Justeru, beliau menggesa Ng, supaya menghormati rumusan dan kesimpulan yang dibuat oleh panel khas Lembaga Siasatan yang telah ditugaskan untuk menyiasat masalah yang melanda tempat parkir itu.

Lembaga itu baru-baru ini mencadangkan supaya tempat letak kereta itu dirobohkan dan dibina semula bangunan baru bagi menampung keperluan pengunjung ke Bukit Bendera itu.

lim guan eng press conference on bicycle lane 251111 1 "Beliau (Dr Ng) seorang doktor, bukan seorang jurutera, arkitek ataupun juruukur. Jadi beliau harus menghormati kesimpulan dan cadangan yang dibuat oleh Lembaga Siasatan," kata Lim pada sidang media hari ini.

"Jika beliau mahu membidas (kami), periksa fakta dengan betul, cermin diri dulu. Beliau boleh mengkritik lembaga itu jika mungkin beliau lebih bijak daripada seorang profesor dan seorang jurutera," sindir Lim.

"Tetapi saya tidak berani (mengkritik lembaga itu) kerana saya bukan seorang jurutera atau arkitek, beliau lebih berani mungkin kerana beliau lebih bijak (daripada Lembaga Siasatan).”

[Baca berita penuh]

ADS