Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan ketua penerangan PAS Kelantan, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, PAS tidak berhasrat untuk melaksana undang-undang hudud di negeri yang tidak mempunyai jumlah majoriti Melayu yang besar.

Ahmad Baihaki Atiqullah Undang-undang berkenaan tidak diketengahkan di negeri Kedah dan juga Selangor yang ditadbir secara bersama dengan DAP dan PKR sejak 2008.

"Keuntungan bagi PAS mungkin di negeri yang ramai orang Melayu tapi di negeri luar seperti Selangor boleh jadi tidak untung.

"Apabila isu hudud dimanipulasi, mungkin ada 'backfire' daripada pengundi bukan Islam," katanya ketika ditemui Malaysiakini di Kota Bharu hujung minggu lalu.

Berbeza daripada Kedah dan Selangor, umat Islam membentuk kumpulan yang besar sehingga lebih 90 peratus di negeri Kelantan dan Terengganu.

PAS meluluskan undang-undang hudud di Kelantan pada tahun 2000 dan juga di Terengganu ketika parti itu menguasi negeri berkenaan pada 1993.

"Di Kedah kita tak bercakap sangat soal hudud kerana percampuran itu besar malah dalam kerajaan negeri dan peringkat perbandaran. Dari segi tuntutan (masyarakat) juga tidak sama dengan di Kelantan," katanya lagi.

azlan Baihaki yang juga ADUN Pasir Tumboh mengakui bahawa isu hudud tidak memberi banyak keuntungan kepada Pakatan Rakyat, tapi PAS Kelantan amat berhasrat supaya pemimpin parti anggota Pakatan memahami hasrat mereka dalam memperkenalkan undang-undang berkenaan.

"Sekarang kita harap dengan isu hudud atau isu lain, pimpinan pakatan masih boleh bertolak ansur dan capai kata sepakat dengan perkara bersama.

"Isu yang boleh timbulkan keresahan bukan hudud saja. Ada isu yang ditimbulkan DAP ada yang kita tidak setuju tapi atas dasar bersama kita tolak ansur," katanya lagi.

[Baca berita penuh]

ADS