Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'AUKU tak akan ulangi bil perhimpunan'
Diterbitkan:  Dec 18, 2011 9:17 AM
Dikemaskini: 1:19 AM

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Saifuddin Abdullah berikrar bahawa kementeriannya tidak akan mengulangi kesilapan yang dibuat ketika merangka Akta Perhimpunan Aman apabila meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Beliau memberi jaminan, deraf pindaan akan ditunjukkan dahulu sebelum dibentangkan di parlimen.

NONE "Saya tak mahu (presiden Majlis Peguam) Lim Chee Wee berarak lagi," selorohnya merujuk kepada perhimpunan membantahan Akta Perhimpunan Aman yang dikritik kerana dibuat dengan keadaan kurang rundingan awam.

Selepas mempengerusikan diskusi meja bulat AUKU semalam, Saifuddin berkata pindaan itu akan memastikan AUKu menjadi progresif dan bukan regresif.

Antara yang hadir Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), kumpulan hak asasi Progam, Majlis Profesor Negara, Majlis Belia Nasional dan wakil mahasiswa daripada seluruh negara,

 

ADS