Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu MyKad: JPN mohon maaf pada Mufti Perlis
Diterbitkan:  Dec 25, 2011 5:00 PM
Dikemaskini: 10:33 AM

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memohon maaf kepada Mufti Perlis Dr Juanda Jaya atas kesulitan ketika berurusan di pejabat JPN Kuching, Sarawak baru-baru ini bagi memohon Mykad anak perempuannya.

    

Ketua Pengarah JPN Datuk Jariah Mohd Said dalam satu kenyataan hari ini berkata isu itu timbul kerana petugas kaunter berkenaan tidak merujuk pegawai atasan bagi kes yang meragukan.

    

"JPN telah mengenal pasti masalah yang berbangkit dan segala usaha memperbaiki kelemahan telah diambil supaya kesemua pegawai yang bertugas di bahagian kaunter dapat melaksanakan tugas secara profesional," katanya yang turut mengulangi kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam seperti yang dilaporkan semalam.

    

Jumaat lepas, Dr Juanda dilapor mengkritik JPN setelah dimaklumkan anaknya, Sumaiyah Syahidah, tidak layak memohon kad pengenalan kerana dikatakan bukan warganegara Malaysia.

    

Jariah berkata kad pengenalan pemohon telah siap dan sedia untuk dikutip di pejabat JPN Kuching.

    

"Sesungguhnya, jabatan ini tidak sesekali bermaksud untuk menafikan hak serta status kewarganegaraan anak beliau sebagai warganegara Malaysia," katanya.

- Bernama

ADS