Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR nafi SMS huru hara 9 Jan
Diterbitkan:  Dec 27, 2011 4:05 PM
Dikemaskini: 8:08 AM

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menafikan penyebaran SMS yang mendakwa beliau mengeluarkan pekeliling mengajak anggota parti itu mencetuskan huru hara di Kuala Lumpur pada 9 Januari depan.

NONE "Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa terdapat arahan seperti ini, yang saya yakin merupakan satu lagi fitnah jahat Umno yang sememangnya sedang semakin gentar dengan kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan kekejaman mereka yang rakus merompak dan menyeleweng harta rakyat dan negara," katanya.

Dakwanya, sifat jahat memfitnah, membohong, menyebarkan berita palsu dan usaha memporak-perandakan keamanan rakyat Malaysia kini telah menjadi semakin sebati dan lumrah dalam Umno.

Dalam kenyataannya hari ini, Saifuddin ( atas ) menjelaskan, tujuan mengajak anggota parti dan penyokong gerakan reformasi keluar beramai-ramai pada 9 Januari nanti untuk menunjukkan sokongan pada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, beliau menyeru semua pihak berhimpun secara amatan mematuhi arahan petugasparti serta tidak terjebak dengan tindakan provokatif pada hari keputusan kes liwat melibatkan Anwar diumumkan itu.

ADS