Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Demo UPSI: Mahasiswi disingkir dari kolej kediaman
Diterbitkan:  Jan 3, 2012 2:46 PM
Dikemaskini: 10:34 AM

Seorang mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim yang terbabit pada perhimpunan pro-kebebasan akademik, Ahad lalu sehingga menyebabkan pergelutan berdarah dengan pihak polis telah disingkirkan dari kolej kediaman universiti itu.

siti nurul piteriah abd halim UPSI sacked student Menurut penyelaras kumpulan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) Adam Adli Abdul Halim, pelajar wanita itu dimaklumkan keputusan itu semalam selepas beliau dibebaskan daripada tahanan polis.

Adam Adli ketika dihubungi hari ini berkata setiausaha LMP Siti Nurul Piteriah Abdul Halim telah disingkirkan dari kolej kediaman Aminuddin Baki, UPSI.

Katanya, seorang lagi pelajar universiti itu yang mengambil bahagian dalam demonstrasi menjelang Tahun Baru juga mungkin menghadapi tindakan disiplin, tetapi ini belum disahkan.

smm protest in sultan idris university 010112 05 "Mereka belum diberikan sebarang notis siasatan oleh pihak berkuasa universiti," kata Adam Adli, yang tidak tinggal di kampus Tanjung Malim.

Pada kejadian itu, kira-kira 20 aktivis mahasiswa ditahan polis dan seorang dilaporkan cedera.

[Baca berita penuh]

ADS