Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rayuan warga M'sia 'pengundi tak hadir' ditolak

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan enam warga Malaysia yang menetap dan bekerja di United Kingdom dan mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftrakan mereka sebagai pengundi tidak hadir.

Hakim Datuk Rohana Yusuf ketika menolak permohonan oleh Dr Teo Hoon Seong memutuskan bahawa SPR telah bertindak betul dengan tidak mendaftar mereka sebagai pengundi yang tidak hadir.

Pemohon lain terdiri daripada Vinesh V, Paramjeet Singh, Yolanda Sydney Augustin, Sim Tze Wei dan Leong See See.

"SPR diberi kuasa untuk membuat keputusan menentukan siapa yang boleh ditakrif sebagai pengundi tidak hadir berdasarkan Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002," kata Rohana.

"Oleh itu, SPR tidak boleh dipersalahkan kerana mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Justeru, permohonan itu ditolak."

Di bawah peraturan-peraturan SPR, pengundi tidak hadir diklasifikasikan sebagai mereka yang berkhidmat dengan anggota tentera, penjawat awam yang ditugaskan di luar negara, pelajar sepenuh masa di luar negara bersama-sama dengan tiga kategori pasangan masing-masing.

Mereka bagaimanapun tidak termasuk rakyat Malaysia di sektor swasta yang bekerja di luar negara - dalam kes yang melibatkan enam pemohon itu.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Detta Samen, yang hadir sebagai pemerhati, dalam reaksinya berkata beliau kecewa dengan keputusan itu kerana setiap rakyat harus dibenarkan hak untuk mengundi.

Beliau bagaimanapun mengakui perkara teknikal yang dibangkitkan oleh hakim itu dan berkata Suhakam akan mengkaji perkara berkenaan.

Peguam Edward Soh, yang mewakili keenam-enam pemohon, berkata beliau akan mendapatkan arahan selanjutnya daripada anak guamnya tetapi beliau percaya bahawa mereka  berkemungkinan akan mengemukakan rayuan terhadap penghakiman hari ini.

[Baca berita penuh]

ADS