Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jika Ku Li boleh jadi PM, saya tak boleh ke, gurau Azmin

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali secara bergurau bertanya apakah beliau tidak layak menjadi perdana menteri?

NONE Menjawab soalan mengenai spekulasi yang bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah akan ditarik menyertai Pakatan Rakyat dan menjadi perdana menteri jika Pakatan menang, Azmin (kanan) bertanya: "Anda bersetuju ke jika saya jadi perdana menteri?".

"Ia (Tengku Razaleigh) hanyalah khabar angin. Datuk Seri Anwar (Ibrahim) telah kata kita telah bincang semua pilihan dengan presiden parti gabungan Pakatan, dan persoalan kepimpinan bergantung kepada setiap parti.

"Kita ada proses dalam PKR dan Pakatan Rakyat. Kita telah bincang semua pilihan dan kami bersedia untuk meneruskan perjuangan. Ia (kemungkinan Anwar disabitkan) bukan satu masalah langsung, ia hanyalah satu isu kecil," kata ahli parlimen Gombak itu.

Ditanya sama ada akan ada perdana menteri sementara jika Anwar dihukum penjara dan Pakatan menang, Azmin berkata, ia telah dibincangkan secara terbuka dengan presiden parti gabungan Pakatan yang lain.

"Keputusan itu akan berdasarkan kepada konsensus dan ini akan diketahui apabila tiba masa yang sesuai untuk diumumkan. Kami bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

"Anwar akan jadi PM sama ada beliau dipenjara atau tidak (jika Pakatan menang)," katanya.

Ditanya sama ada beliau bersedia untuk menjadi PM sementara, Azmin secara bergurau berkata: "Jika anda bersetuju".

"Baiklah, biarlah kita berbincang, pandangan saya tidak penting tetapi pandangan kepimpinan dalam Pakatan Rakyat yang relevan.

"Pandangan saya tidak penting (sama ada saya mahu jadi PM sementara). Ia tidak kisah sama ada PM akan datang itu seorang lelaki atau perempuan. Kami tak bimbang, mengapa anda bimbang? Kami bersedia menghadapi sebarang kemungkinan," kata Azmin.

pkr election convention nurul izzah Mengenai taklimat Anwar kepada beberapa duta asing hari ini,  timbalan presiden PKR itu berkata, ia adalah perjumpaan biasa bagi membincangkan isu-isu semasa.

Naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (kiri) yang juga ahli parlimen Lembah Pantai pula berkata, keluarga sudah bersedia untuk menghadapi apa juga keputusan mahkamah Isnin ini.

"Sudah tentu kita akan cuba yang terbaik dan menguruskan gabungan dan harapan rakyat. Perkara yang paling penting adalah  kita mendapat kuasa melalui pilihan raya.

"Selepas pengalaman pada tahun 1998, kita telah melihat laporan Majlis Peguam antarabangsa mengecam perbicaraan pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng disabitkan (dalam kes membabitkan bekas ketua menteri, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik).

"Apa yang penting ialah Pakatan masih bersama dan menghadapi pilihan raya bersama," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS