Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS: Mengapa kumpulan 901 mahu letupkan diri sendiri?

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar berkata adalah "tidak masuk akal" bahawa ketiga-tiga letupan yang berlaku di perkarangan kompleks mahkamah Kuala Lumpur pada hari Isnin lalu dilakukan oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

NONE Iini kerana, katanya bom-bom berkenaan telah menyebabkan kecederaan kepada penyokong Pakatan sendiri dan merosakkan beberapa kenderaan mereka.

“Polis kena perjelaskan dari pihak mana. Takkan orang yang simpati dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang letak hingga kereta exco pun kena," katanya kepada Malaysiakini .

Mahfuz merujuk laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini, yang memetik sumber polis mendakwa letupan dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan Kempen Bebas Anwar 901.

Selain kumpulan itu, turut mengadakan perhimpunan pada pagi yang sama adalah kira-kira 50 penyokong pengadu kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang terdiri kebanyakan mereka oleh ahli kumpulan pendesak Melayu, PERKASA dan Pertubuhan Kebajikan Islamiah dan Dakwah Malaysia (Pekida).

NONE Kehadiran penyokong itu, di bawah panji Pertubuhan Permufakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), bagaimanapun juga mencetus kekecohan dan juga pergaduhan kecil apabila mereka berarak ke kawasan mahkamah tetapi berjaya dileraikan polis.

Mahfuz juga berkata kebocoran maklumat polis itu sebagai tidak bertanggungjawab dan mahu siasatan dijalankan sebelum sebarang kenyataan lanjut dibuat.

Belum ada keputusan siapa ganti Hasan Ali

“Polis jangan begitu mudah buat andaian ia (letupan itu)  dibuat oleh peserta (perhimpunan), katanya selepas mengumumkan perkembangan konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Star pada Sabtu ini.

NONE “Saya percaya polis ada kamera? Itu sesuatu yang malang jika tiada kerana kita boleh lihat bagaimana kejadian berlaku,” kata Mahfuz ( dua dari kiri ).

Tiga letupan berlaku berhampiran kompleks mahkamah pada Isnin lalu. Kejadian itu mencederakan lima peserta perhimpunan dan merosakkan beberapa kenderaan, termasuk yang dimiliki oleh wartawan, ahli politik dan peserta.

Mengenai langkah-langkah tambahan yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang di Alor Setar, hujung minggu ini, Mahfuz berkata: “Minta polis dapat kawal bukan sahaja di sana tapi juga di (semua) program biasa."

Hasan ali pc Ditanya wartawan, siapa yang akan menggantikan exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri kerajaan negeri Selangor Datuk Hasan Ali yang dipecat dari PAS Ahad lalu, Mahfuz berkata jawatankuasa pusat PAS belum membuat keputusan.

“PAS pusat tak buat keputusan lagi. Surat rasmi dah dihantar.

“Saya tak nak komen (pasal impak pada Pakatan) takut ia akan diputar-belitkan menjadi serangan peribadi. Tapi bagi PAS dan Pakatan akan teruskan perjuanagan,” katanya sambil menambah Hasan telah menerima surat pemecatannya dan parti akan membuat keputusan apabila tiba masanya.

[Baca berita penuh]

ADS