K'jaan didesak beku aset NFC sebelum EGM

PKR hari mendesak kerajaan supaya membekukan aset projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) berikutan pendedahan bahawa ia akan mengadakan mesyuarat agung tergempar dan mesyuarat dengan lembaga pengarahnya.

NONEPengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (kiri) berkata pembekuan aset itu penting bagi memastikan NFC tidak melakukan penstrukturan semula dan akan membantutkan siasatan polis.

Katanya, amat mencurigakan apabila EGM yang dirancang minggu ini dengan hanya tiga hari notis diberikan.

Lazimnya, menurut beliau, tempoh lebih lama diperuntukkan untuk mengadakan EGM tetapi dengan notis tiga hari ini menunjukkan ada sesuatu yang cuba disembunyikan.

“Berdasarkan maklumat dalaman, saya dimaklumkan bahawa pengurusan NFC telah memanggil satu mesyuarat Lembaga Pengarah NFC dan Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) minggu ini dengan hanya memberikan tempoh 3 hari untuk membuat beberapa keputusan penting.

NONE“Di antara agenda yang akan dibincangkan termasuklah membuat keputusan mengenai cadangan pengambilalihan National Meat & Livestock Corporation (NMLC) yang dimiliki  oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil oleh NFC.

“Saya percaya tindakan tergesa-gesa memanggil mesyuarat Lembaga Pengarah NFC dan EGM dalam tempoh yang singkat ini berniat tidak baik dan akan mengganggu siasatan
terhadap NFC yang sedang berjalan," katanya.

Justeru, Rafizi berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan tidak lagi sepatutnya membisu.

Sebaliknya, beliau perlu campur tangan segera dengan membekukan sebarang aktiviti an keputusan di dalam semua syarikat-syarikat yang pernah menggunakan dana RM250 juta yang diberikan oleh kerajaan.

azlan“Bukan sahaja Menteri Kewangan cuba mencuci tangan dengan langsung tidak menerima pertanggungjawaban walaupun beliau sendiri yang menganugerahkan projek ini kepada
NFC, malah kini kecuaian beliau boleh menyebabkan baki dana dan harta yang dibeli dengan dana rakyat lesap melalui pelbagai urusniaga yang dibuat selepas skandal ini didedahkan.

“Oleh kerana ada cubaan di pihak NFC untuk menjalankan urusniaga yang mencurigakan, saya mencadangkan Kerajaan Malaysia melalui wakil-wakilnya di dalam Lembaga Pengarah NFC perlu melantik pentadbir korporat sementara yang bebas untuk mengambilalih pentadbiran NFC sementara siasatan selesai.

“Tindakan ini bertepatan dengan amalan tatakelola yang baik seperti yang biasa diamalkan untuk mengelakkan lebih banyak penyelewengan berlaku,” katanya.

NFC adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan melalui saham khas yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan.

Sementara itu, Rafizi mendakwa menerima satu e-mel berhubung cadangan seorang ahli lembaga penasihat suruhanjaya itu, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas, bertarikh 31 Disember lalu, yang didakwanya meminta siasatan dijalan terhadap dakwaan cubaan merasuah penyiasat kes tersebut melalui orang tengah.

[Baca berita penuh]

VIDEO | 9.25 min

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.