Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata Pakatan Rakyat kini mendapat "kerjasama daripada dalam" BN untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang

pakatan pokok sena ceramah 140112 mat sabu Kerjasama itu diperolehi daripada kakitangan awam termasuk anggota keselamatan dan juga bekas menteri BN, katanya dalam ucapan pembukaan di konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar hari ini.

"Malah yang sedang bertugas dalam jawatan tanya apakah sumbangan yang akan kita beri untuk tumbangkan kerajaan BN," katanya lagi.

Mohamad turut mengulas mengenai keputusan perbicaraan kes Liwat II yang dihadapi ketua umum Pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu yang menarik perhatian ramai.

"Ramai tanya sebelum 9 Januari, kalau Anwar masuk penjara siapa nak jadi perdana menteri? Pemikiran akan datang, PM daripada Pakatan.

"Mereka tidak fikirkan lagi perdana menteri akan datang sama ada Datuk Seri Najib (Razak) atau (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin), (Datin Seri) Rosmah (Mansor) jauh sekali," kata penceramah popular itu lagi yang disambut dengan ketawa gamat daripada kira-kira 2,000 orang yang hadir.

Dalam ucapan itu, Mohamad turut mencanangkan slogan "BN Menang, Malaysia Bankrap" dan juga "Bersihkan Malaysia" yang turut disahut para hadirin.

"Kita nak selamatkan Malaysia daripada BN. Kita beritahu kepada rakyat, slogan mereka 'BN Menang Rakyat Senang' rakyant senang itu tukar kepada 'BN Menang, Malaysia Bankrap'."

Modal yang sama turut digunakan Mohamad dalam satu ceramah di satu kawasan pengundi Cina dalam kawasan parlimen Pokok Sena pada malam tadi.

Ceramah yang turut menampilkan ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu menarik kehadiran kira-kira 1,000 orang.

ADS