Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pameran dokumen Lynas dilanjut hingga 24 Jan
Diterbitkan:  Jan 17, 2012 5:19 PM
Dikemaskini: 10:08 AM

Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI) mengumumkan bahawa tempoh pameran dokumen Syarikat Lynas (M) Sdn Bhd untuk ulasan awam dilanjutkan sehingga 24 Januari ini atas permintaan orang ramai.

Dalam satu kenyataan akhbar, Mosti juga memaklumkan bahawa tarikh akhir penyerahan ulasan dan maklum balas kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) juga dilanjutkan kepada tarikh yang sama pada pukul 4 petang.

P azlan ameran dokumen di Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang dibuka pada setiap hari pada masa yang ditetapkan dan bilangan dokumen juga ditambah dari tiga kepada lima set bagi memudahkan orang awam yang ingin memberi ulasan.

"Sehubungan dengan itu, orang awam yang berminat dijemput hadir memberi ulasan dan sebarang ulasan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang yang telah disediakan di lokasi pameran berkenaan," tambah Mosti.

LPTA telah mempamer dokumen Syarikat Lynas kepada orang awam di lokasi-lokasi tertentu sejak 3 Januari.

Dokumen-dokumen ini yang merupakan hak milik Syarikat Lynas akan dikemukakan untuk pertimbangan LPTA bagi tujuan permohonan lesen peringkat pengendalian sementara pengeluaran lantanid.

- Bernama

ADS