Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kira-kira 20 pelajar mengadakan bantahan di luar ibupejabat PAS hari ini sebagai membantah tindakan parti itu yang membisu berhubung tindakan menggantung lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kedah.

NONE Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak adalah pengerusi lembaga pengarah Kuin yang di bawah kerajaan negeri pimpinan PAS.

Kelima-lima pelajar itu digantung selepas berdemonstrasi di Kuin tahun lalu.

"Sehingga hari ini, tidak ada pendirian rasmi dari PAS mahupun Pakatan Rakyat. Kami tuntut supaya mereka campurtangan," kata Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Mohd Safwan Anang.

"Sebelum ini, kami pernah berarak ke ibupejabat Umno. Hari ini kita berhimpun di ibupejabat PAS untuk menyatakan pendirian kami menentang Akta Universiti dan Akta Kolej Universiti."

NONE Turut bersetuju dengan kenyataan itu adalah Mohd Aiman Abd Razab ( kiri ) - seorang daripada lima pelajar yang digantung pada Jun lalu. Katanya, ini adalah mengenai prinsip.

"Kami akan terus berjuang demi menegakkan prinsip-prinsip kami (berhubung kebebasan akademik).

“Ini bukan tentang parti atau warna kulit, kita tidak mengamalkan dwi-standard. Di mana suara kita boleh diluahkan jika di bawah Pakatan kita juga cuba disenyapkan?" soal beliau.

Selain Mohd Aiman, pelajar yang dikenakan tindakan itu adalah Mohd Faiz Mohd Arshad yang digantung dua semester manakala Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat amaran.

VIDEO | 5.03 minit

[Baca berita penuh]

ADS