Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muhyiddin: Tak perlu tubuh s'jaya diraja siasat NFC

Tidak ada keperluan untuk memenuhi tuntutan pembangkang supaya suruhanjaya siasatan diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat kontroversi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

christmas school 261211 muhyiddin Ini kerana siasatan kerajaan terhadap NFC adalah mencukupi, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

"Mungkin pembangkang mahu melihat program ini gagal, supaya ia boleh mendakwa, ia betul," kata Muhyiddin dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.

Muhyiddin mengulas tuntutan pembangkang supaya RCI ditubuhkan untuk menyiasat syarikat kontroversi tersebut yang dimiliki dan dikendalikan oleh anggota menteri pusat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Syarikat tersebut menjadi sasaran cemuhan awam dan kecaman pembangkang selepas PKR membangkitkan beberapa perbelanjaan yang tidak berkaitan dengan NFC berhubung pembelian kondominium, tanah dan lawatan ke luar negara oleh anggota keluarga Shahrizat.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang baru-baru ini mengeluarkan kenyataan berkata kelemahan yang dilaporkan dalam laporan audit 2010 ialah di Pusat Fidlot Kebangsaan dan bukan NFC, yang merupakan syarikat yang bertanggungjawab untuk operasi dan bertanggungjawab terhadap projek yang dibiayai oleh dana awam.

[Baca berita penuh]

ADS