Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PERKASA adakan rumah terbuka Tahun Baru Cina esok

Buat pertama kalinya, kumpulan hak Melayu PERKASA, akan mengadakan rumah terbuka Tahun Baru Cina di Kampung Baru esok.

NONE Ketika dihubungi, setiausaha agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali berkata pihaknya telah menjemput media dan rakan-rakan dari masyarakat Cina tetapi ia terbuka kepada semua.

Katanya, keputusan untuk berbuat demikian bagi menyatakan bahawa

PERKASA tidak bersifat perkauman.

Menurutnya, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali pernah mengadakan majlis yang sama atas sifatnya sebagai ahli parlimen Pasir Mas dan ini adalah kali pertama PERKASA mengadakan rumah terbuka Tahun Baru Cina.

Beliau berkata, pihaknya juga merancang untuk menganjurkan lebih banyak rumah terbuka seperti semasa sambutan Hari Raya dan Deepavali.

Menurutnya, kira-kira 300 orang dijangka menghadiri majlis tersebut dari jam 1 hingga 3 petang di dewan Kelab Sultan Sulaiman.

Ditanya apakah yang mesej  yang ingin disampaikan oleh PERKASA, Syed Hassan menjawab: "Tunggu dan dengar ucapan Datuk Ibrahim esok".

[Baca berita penuh]

ADS