Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ahli jawatankuasa MCA bahagian Seputeh, Collin Tiew mendakwa beliau menjadi mangsa kerana membawa kira-kira 50 orang ke rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran kumpulan pendesak Melayu, PERKASA di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Collin Tiew (President Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Istimewa Insan) perkasa cny open house Dakwanya, walaupun beliau menyedari majlis itu anjuran PERKASA, namun beliau berpendapat ia hanya lawatan Tahun Baru Cina dan tidak menjangkakan tindakan berkenaan akan mengundang kontroversi.

"Bukan niat saya (untuk menyinggung sesiapa), Jika tindakan saya telah melukakan hati orang ramai, saya mohon maaf kepada masyarakat Cina," katanya.

PERKASA pada majlis rumah terbuka anjurannya Ahad lalu mengundang kontroversi selepas presidennya Datuk Ibrahim Ali memberikan 'ang pow' dalam sampul surat putih, satu amalan yang hanya dikhaskan ketika pengkebumian dalam budaya masyarakat Cina.

Tiew, yang juga ketua cawangan MCA Sri Desa, menimbulkan kemarahan warga maya apabila beliau hadir pada majlis itu.

Mempertahankan tindakannya itu, Tiew berkata beliau hadir atas kapsitinya sebagai pengerusi sebuah persatuan kebajikan dan bukannya ahli MCA.

perkasa open house 290112 ibrahim ali 2 Disoal mengapa beliau naik ke pentas semasa majlis itu dan memuji PERKASA, Liew mendakwa beliau semata-mata menterjemahkan ucapan Ibrahim untuk hadirin yang berbangsa Cina.

"Saya sedang menghadiri satu lagi rumah terbuka dan tiba ketika Ibrahim menyampaikan ucapan. Pengacara majlis tiba-tiba meminta saya untuk menterjemahkan ucapan Ibrahim.

"Saya tidak sokong apa yang beliau kata, saya hanya terjemahkan."

[Baca berita penuh]

ADS