Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zaid: Mat Sabu tawar saya kerusi untuk bertanding

Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim mengakui bahawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu telah menawarkan kerusi kepadanya untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang, tetapi percaya tawaran itu dibuat atas kapasiti peribadinya.

NONE "Semua ini spekulasi yang ditulis dalam blog, tetapi yang paling hampir mereka mereka dapat ialah Mat Sabu. Beliau kawan saya dan saya percaya beliau cuba mengambil hati saya tetapi saya tidak fikir ia keputusan parti.

"Beliau kata, kita akan biarkan Zaid bertanding, kita akan memberikannya kerusi, sesuatu lebih kurang seperti itu, tetapi saya berpendapat tawaran itu pandangan peribadi beliau," kata Zaid ( kiri ) memberitahu Malaysiakini dalam satu temu bual di kediamannya di Petaling Jaya pagi ini.

Bagaimanapun, beliau menafikan bahawa beliau diminta untuk membubarkan KITA sebagai pertukaran bagi mendapatkan kerusi di bawah tiket PKR dan juga mengenai ura-ura bahawa beliau akan menyertai DAP dan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Zaid, bekas menteri kabinet dan ahli PKR, menambah bahawa beliau tidak mempunyai rancangan untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Tak akan bertanding

Keputusan itu, kata beliau, dibuat selepas kajian yang teliti mengenai kemungkinan pencalonannya.

"Saya tidak akan bertanding, mudah sahaja, bukan saya membuat keputusan tanpa sebarang kajian,” katanya.

Akhir tahun lalu, Zaid berkata beliau menghabiskan masa selama dua bulan di kawasan parlimen Kota Bharu dan Petaling Jaya Selatan untuk mengukur sama ada dia boleh menang atas kekuatan  sendiri.

"Saya mahu uji sama ada Zaid Ibrahim boleh menang sendiri. Saya rasa sukar kerana semua orang berkata saya mesti sertai dalam (parti) ini dan itu, tetapi saya bukannya akan menyertai mana-mana parti lain," katanya.

NONE Menurut beliau, untuk bertanding di bawah tiket KITA juga bukan sesuatu yang bijak kerana kajian beliau menunjukkan bahawa adalah sukar untuk menang di bawah tiket parti kecil.

"Tetapi jika ada parti-parti politik yang menawarkan saya (untuk bertanding), maka saya akan menilai, di mana, mengapa dan jika terdapat sebarang syarat yang dikenakan," katanya.

Bagaimanapun, tegas Zaid bahawa jika tawaran itu memerlukan beliau menyertai parti tertentu, beliau akan menolaknya.

[Baca berita penuh]

ADS