Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lagi dakwaan terhadap Awang Adek didedahkan
Diterbitkan:  Feb 23, 2012 2:34 PM
Dikemaskini: 10:54 AM

Pembocor maklumat yang mendedahkan bukti kononnya ada amalan rasuah yang membabitkan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin membuat lebih banyak dakwaan  terhadap bekas ahli parlimen Bachok itu.

NONE Dalam blog yang tidak dikenal-pasti itu, beliau yang mengenalkan dirinya sebagai Whistleblower 771, mendakwa bahawa penjelasan Awang Adek yang deposit tunai dalam akaun peribadinya itu  hanya sebagai "separuh benar".

Penulis blog itu berkata ini kerana deposit tunai berkenaan dibuat di atas nama beliau dalam kapasitinya sebagai pengerusi jawatankuasa kerja Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB).

Walaupun Whistleblower 771 tidak membekalkan bukti kali ini, namun katanya, sumber yang boleh dipercayai berkata jawatankuasa SJJB itu adalah juga "jawatankuasa yang menimbangkan  semua pemberian kontrak utama kerajaan".

"Sebagai (pengerusi) jawatankuasa kerja SJJB, beliau mempunyai hak untuk memula dan membuat 'cadangan' ke atas mana-mana kontrak utama yang akan dianugerahkan oleh kerajaan," katanya.

Menurut lamanweb itu lagi, fungsi SJJB termasuk "mengenal pasti syarikat Bumiputera yang memiliki keupayaan dan membantu supaya syarikat-syarikat berkenaan layak untuk penyenaraian (awam)."

NONE Antara syarikat bumiputera yang dibantu oleh SJJB untuk disenaraikan adalah Psetarian Berhad yang menurut TA Securities banyak menerima kontrak kerajaan berhubung penglibatan syarikat itu dalam program SJJB.

Dalam posting baru, pembocor maklumat itu juga mengeluarkan satu salinan baucar bayaran daripada Advance Maintenance Precision Management Sdn Bhd (AMPMSB) kepada Awang yang dikatakan bernilai RM80,000.

[Baca berita penuh]

ADS