Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ku Li: 'Malayu dahulu' bertentangan 1M'sia
Diterbitkan:  Feb 24, 2012 12:33 PM
Dikemaskini: 9:14 AM

Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyelar "seorang pemimpin" yang berpendirian "Melayu dahulu, rakyat Malaysia kedua" sedangkan negara ini memakai konsep 1Malaysia.

tengku razaleigh speech 110310 02 Beliau - yang juga pemimpin Umno bahagian - walaupun tidak menamakan pemimpin berkenaan, ia bagaimanapun dipercayai merujuk kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Katanya, konsep 1Malaysia melibatkan seluruh negara dan semua rakyat Malaysia perlu merujuk dirinya sebagai rakyat Malaysia sebelum merujuk kepada kaum.

"Kenyataan itu hadir sebagai pukulan yang teruk bukan sahaja kepada konsep 1Malaysia, tetapi juga dianggap sebagai peniadaan jiwa Malaysia atau roh negara yang cuba disemai dengan sungguh-sungguh oleh perdana menteri (pertama) Tunku Abdul Rahman," katanya.

Tengku Razaleigh berkata demikian dalam ucapannya tentang perpaduan anjuran Paddy Schubert Sdn Bhd di Kuala Lumpur hari ini.

[Baca berita penuh]

ADS