Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rumah milik Nabil kena pecah
Diterbitkan:  Feb 29, 2012 6:17 PM
Dikemaskini: 10:24 AM

Kediaman pelawak dan pelakon terkenal, Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil dipecah masuk perompak dalam satu kejadian di Kampung Masjid, Mambau, di Seremban hari ini.

    

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.55 minit pagi ini, perompak berkenaan bertindak memecah masuk rumah itu melalui sebuah daripada bilik rumah itu yang kini didiami keluarga bapa saudaranya.

    

Menurut bapa saudara Nabil, Rahmat Abdul Latiff, 55, kejadian disedarinya sebaik pulang ke rumah itu selepas menghantar anak perempuannya ke tempat kerja di sebuah pusat membeli belah berhampiran.

    

Katanya setelah diperiksa, penjenayah berkenaan didapati melarikan komputer riba milik anaknya yang berharga RM3,000.

    

"Kejadian ini yang pertama berlaku di rumah ini dan saya baru sahaja menetap dua bulan di rumah ini selepas Nabil bersama ahli keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur," katanya ketika ditemui di Seremban hari ini.

    

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

- Bernama

ADS