Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar memperli sikap Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Shabery Cheek yang didakwanya "seperti histeria" apabila kementeriannya didakwa menyediakan dana RM30 juta untuk program bekas exco Selangor Datuk Hasan Ali.

NONE "Shabery mesti cool , jangan melenting.

"Kalau tidak nanti saya bawa Panadol ke parlimen," sindirnya yang mahu terus menunggu jawapan Shabery dalam sidang parlimen akan datang.

Mahfuz ketika membuat dakwaan itu pada 2 Mac lalu turut menuntut audit penuh dijalankan ke atas satu unit strategik di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang didakwa menyediakan dana itu.

Pada hari yang sama, Shabery dalam SMS kepada Malaysiakini menyifatkan pemimpin PAS itu berbohong, kebudak-budakan, sakit dan perlukan rawatan kaunseling.

Manakala Shabery semalam dilapor mengikut jejak NGO Jalur Tiga (JATI) pimpinan Hasan apabila berkata, beliau mungkin menyaman Mahfuz kerana mendakwa (KBS menaja 2,000 program JATI.

Katanya, sebagai anggota parlimen Mahfuz sepatutnya faham banyak proses perlu dilalui untuk mendapatkan wang sebanyak itu.

NONE Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mahfuz berkata, menteri sepatutnya tidak mengancam untuk menyaman sebaliknya harus memberi penjelasan dan bersedia memanggil audit bebas bagi membuktikan ketelusannya.

"Kalau dia nak saman, samanlah. Carilah peguam kuat mana pun. Kita jumpa di mahkamah," kata anggota parlimen Pokok Sena itu.

Ditanya tentang tindakan Hasan yang turut mempertimbangkan untuk menyamannya, Mahfuz berkata beliau hairan dengan tindakan itu kerana beliau menyentuh peruntukan Kementerian Belia dan Sukan.

"Bukan (peruntukan) JATI," katanya lagi.

ADS