Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini mendakwa seorang pengarah syarikat National Feedlot Corporation terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram di Singapura.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Pua mendakwa kegiatan itu dilakukan untuk mengubah RM250 juta daripada dana pinjaman mudah kerajaan.

NONE Pua mendakwa salah seorang pengarah syarikat NFC itu, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh, telah menjual satu syarikat yang didaftarkan di Singapura kepada satu syarikat di British Virgin Islands.

Pemilik saham syarikat di British Virgin Islands itu tidak dapat dikesan, dakwa Pua lagi.

Sebelum ini, Pua menimbulkan dakwaan bahawa dana daripada pinjaman mudah NFC itu telah dipindahkan ke syarikat persendirian yang bukan merupakan anak syarikat NFC.

Pua mendakwa sejumlah hampir RM81.4 juta telah dipindahkan ke syarikat milik pengarah NFC tersebut.

Syarikat yang kelihatan tidak aktif itu juga tidak menghantar apa-apa akaun yang telah diaudit sejak 2007, dakwa Pua.

Wan Shahinur Izran (kanan) merupakan anak kepada menteri pembangunan wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Pua mendakwa bahawa syarikat yang dinamakan Straits Beverages Pte Ltd itu ditubuhkan pada 16 Mac 2010 dan Wan Shahinur Izran merupakan pemegang saham tunggal syarikat tersebut sehingga 15 Julai 2011.

Beliau mendedahkan perkara itu melalui dokumen yang diperolehinya melalui badan pengawal selia syarikat dan akauntan awam Singapura

ADS