Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pertikaman Karpal-Ramasamy belum berakhir
Diterbitkan:  Mar 18, 2012 2:07 PM
Dikemaskini: 12:42 PM

Pengerusi DAP Karpal Singh menolak keputusan jawatankuasa disiplin parti itu yang membebaskan Timbalan Setiausaha Agung P Ramasamy daripada tuduhan melanggar tatatertib parti.

Pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini, Karpal berkata jawatankuasa tatatertib itu tidak layak membuat keputusan kerana Ramasamy juga adalah seorang ahli panel yang sama.

karpal singh pc penang 180312 Karpal, seorang peguam veteran dan juga ahli parlimen, berkata ahli-ahli jawatankuasa tatatertib sepatutnya berundur dan membiarkan jawatankuasa baru ditubuhkan bagi mendengar kes berkenaan.

"Benih pemusnahan telah pun disemai sejak dari awal. Mereka duduk dan membuat keputusan terhadap salah seorang daripada mereka" katanya.

Selain daripada Ramasamy, tiga yang lain menganggotai jawatankuasa itu termasuk Naib Pengerusi kebangsaan Tan Kok Wai dan naib pengerusi DAP Pulau Pinang Lim Hock Seng.

Karpal juga berkata bahawa dua pemimpin DAP Pulau Pinang - RSN Rayer dan A Tanasekharan - telah memfailkan rayuan bagi pihak 33 yang lain terhadap keputusan jawatankuasa yang membebaskan Ramasamy itu.

Beliau menjangkakan perkara itu akan dibincangkan oleh jawatankuasa eksekutif pusat DAP tidak lama lagi, dan jika perlu, akan dibawa ke kongres parti itu untuk keputusan.

"Dalam mana-mana mahkamah, ini tidak boleh diterima. Ia tidak sepatutnya dilakukan dan tidak seharusnya dilakukan (untuk menduduki jawatankuasa penghakiman ahli sendiri)," katanya.

penang dap convention 111211 vathemurthy and raja Ramasamy dituduh mendalangi demonstrasi di luar Hotel Pearl View tempat konvensyen parti itu di Pulau Pinang diadakan pada 11 Disember - bagi menentang Rayer dan Tanasekharan.

Tan, yang mempengerusikan jawatankuasa disiplin pada 12 Mac lalu, berkata bahawa "tiada bukti secara langsung" yang mengaitkan Ramasamy dengan kejadian itu, justeru, beliau dibebaskan.

[Baca berita penuh]

Dalam pada iru, Bernama melaporkan Karpal Singh juga mengesahkan pemimpin tertinggi DAP mengambil keputusan untuk menggugurkan empat anggota parti, yang dilantik oleh Ramasamy yang juga adalah timbalan ketua menteri Pulau Pinang II, daripada Lembaga Pembiayaan Hindu dan Lembaga Rayuan Negeri dalam masa terdekat.

Empat digugurkan

Empat anggota parti itu termasuk K Mangaleswari yang dipercayai merupakan calon-calon yang dilantik oleh Ramasamy dalam kedua-dua lembaga berkenaan.

Tiga orang lain yang pula adalah penyokong Ramasamy dan mereka merupakan anggota biasa dalam parti itu.

Menurut Karpal, isu berkenaan telah dibincangkan dalam satu mesyuarat dihadiri oleh beliau, Ramasamy, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng baru-baru ini.

"Saya tak boleh dan saya tidak tipu, tapi ia berlaku," katanya apabila diminta untuk mengesahkan perkara itu.

Karpal berkata ini kerana kedua-dua lembaga itu adalah pertubuhan bertujuan menangani masalah kuil Hindu dan membantu masyarakat India.

"Oleh itu, ia tidak seharusnya mempunyai sebarang kaitan dengan politik," katanya.

Para pemimpin tertinggi DAP mengadakan satu mesyuarat baru-baru ini dan ia juga dihadiri oleh ADUN Bagan Dalam, A Thanasekaran; ADUN Seri Delima, RSN Rayer dan ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo.

Bagaimanapun, Karpal yang juga ahli parlimen Gelugor menegaskan mesyuarat itu bukan satu perbincangan rahsia parti itu, tetapi ia diadakan ertujuan membincang dan menyelesaikan masalah dialami oleh DAP sebelum ini.

ADS