Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Konspirasi' Kedah untuk gulingkan Phahrolrazi, Ismail
Diterbitkan:  Mar 19, 2012 1:23 PM
Dikemaskini: 5:28 AM

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi mendakwa bahawa Dewan Pemuda PAS Kedah yang didalangi pihak ketiga cuba menggulingkan beliau dan dan Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Dr Ismail Salleh daripada barisan kepemimpinan PAS negeri itu.

Akhbar Berita Harian memetik beliau sebagai berkata, usul untuk merombak semula Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Kedah itu dibawa oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ahmad Yahya.

“Saya fikir Dewan Pemuda PAS tidak memahami apa yang berlaku dalam isu ini dan saya juga berasakan tidak semua pemimpin kawasan yang benar-benar faham. Usul ini dibawa hasil perancangan pihak ketiga yang mahu ia berlaku,” katanya dipetik akhbar berkaitan Umno itu.

NONE Menurut Phahrolrazi, beliau juga menyanjung tinggi sikap ditunjukkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mahu supaya jawatannya dan Dr Ismail dalam PAS Kedah dikekalkan.

Beliau menyifatkan, menteri besar sebagai seorang pemimpin berjiwa besar kerana menolak desakan itu dan sanggup menerima perbezaan pendapat.

“Bagi saya Menteri Besar berjiwa besar kerana isu ini berlaku atas perbezaan pendapat antara saya dan beliau dalam soal pentadbiran negeri ini, bukan hal peribadi,” katanya lagi kepada Berita Harian .

[Baca berita penuh]

ADS