Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Azmin: Hasan Ali belanja RM300k ubah suai pejabat

Bekas exco kerajaan negeri Datuk Hasan Ali didakwa membazirkan ratusan ribu ketika memegang jawatan khususnya ketika mengubahsuai pejabatnya, kata ADUN PKR bagi kerusi Bukit Antarabangsa  Azmin Alipada sidang dewan undangan negeri Selangor hari ini.

NONE Semasa perbahasan titah diraja, Azmin berkata bekas exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam telah membelanjakan RM300,000 untuk pengubahsuaian pejabat beliau.

"Beliau juga membelanjakan RM550,000 untuk menganjurkan persidangan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor. Wang itu lebih baik disalurkan kepada rakyat," katanya.

Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, juga membidas Hasan kerana didakwa membelakangkan dasar tender terbuka negeri ketika menganugerahkan sub-kontrak penyelenggaraan jalan.

[Baca berita penuh]

ADS