Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seorang kakitangan jabatan penerangan kerajaan Pulau Pinang membuat laporan polis hari ini ke atas pertubuhan pro-Melayu PERKASA atas tindakan anggota pertubuhan itu ke atasnya dalam perhimpunan anjuran pertubuhan tersebut Jumaat lalu.

Lilian Chan berkata, beliau telah ditendang dua kali di bahagian kakinya oleh seorang anggota PERKASA dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang, di bangunan Komtar yang menempatkan pejabat ketua menteri.

lim guan eng pc 290711 support for lilian chan Chan (kiri) berkata beliau telah diarahkan oleh penyelianya Yap Lee Ying untuk membuat liputan perhimpunan itu ketika insiden itu berlaku.

"Apabila saya ditendang untuk kali kedua, saya tanya orang itu – Ketua Pemuda PERKASA Pulau Pinang Risuan Azuddin – kenapa dia tendang saya?," katanya yang pernah menerima latihan daripada Malaysiakini.

Dia tidak jawab (soalan) saya. Pada masa itu, polis dan pegawai kesalamat Komtar sedang mengarahkan mereka untuk meninggalkan kawasan itu," kata Chan yang pernah menerima latihan daripada Malaysiakini.

Katanya kumpulan kira-kira 30 orang itu pada awalnya menyerbu ke dalam bangunan pejabat tersebut dan menuntut untuk bertemu Lim.

Ibu kepada empat orang anak itu menerima rawatan selepas insiden berkenaan dan telah diberikan sijil cuti sakit kerana kesakitan yang dialami di bahagian kakinya.

Chan mendakwa, beliau juga sebelum ini pernah dikasari anggota kumpulan berkenaan pada 26 Februari lalu dalam perhimpunan anti-Lynas di Esplanade, Pulau Pinang.

[Baca berita penuh]

ADS