Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PAS akan mengerahkan anggota Unit Amal bagi mengawal keselamatan mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka sejak Sabtu bagi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

NONE Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil ( kiri ) berkata, bermula malam ini, 30 anggota pasukan itu akan ditempatkan di situ dan bilangannya akan ditambah jika terdapat keperluan.

"Saya datang pagi ini untuk dapatkan maklumat daripada mereka. Dan kita akan minta Unit Amal untuk jaga keselamatan di sini supaya tak ada gangguan macam semalam.

"Saya sangat dukacita dengan kejadian pagi tadi. Melihat kejadian macam ni, saya boleh katakan yang negara kita yang demokrasi kini dah tak selamat ," katanya.

Dalam kejadian awal pagi tadi, sekumpulan lelaki didakwa 'samseng' membuat gangguan di Dataran Merdeka sehingga menyebabkan seorang mahasiswa cedera yang mendapatkan rawatan di hospital.

Mahasiswa mendakwa selain khemah mereka dirosakkan, kamera dan telefon bimbit mereka juga dirosakkan oleh kumpulan itu yang tidak puas hati aksi mereka dirakamkan.

NONE Laporan polis sudah dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.

Ketika ditemui Malaysiakini di tempat kejadian pagi ini, Khairul Faizi berkata, buat masa ini kawalan Unit Amal hanya akan dibuat pada waktu siang dan kekal sehingga perhimpunan BERSIH pada 28 April ini, apabila bantahan mahasiswa tamat.

Beliau turut menyelar tindakan sekumpulan lelaki yang menyerang pelajar awal pagi tadi.

Sehingga sekarang, sudah enam hari kumpulan mahasiswa dan aktivis berkampung di tempat bersejarah itu.

ADS