Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Badrul Hisham Shaharin, yang menjalankan tugas mengawal orang ramai semasa BERSIH 3.0, berkata peserta telah diarahkan supaya bersurai sejurus sebelum halangan di Dataran Merdeka dilanggar.

NONE Badrul, yang lebih popular sebagai Chegubard, memberitahu

Malaysiakini bahawa arahan yang diberikan kepadanya oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah untuk mengarahkan orang ramai ke Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk bersurai.

"Saya berada atas trak pick-up (yang membawa pemimpin BERSIH dan Anwar)... satu keputusan perlu dibuat mengenai sama ada untuk membelok ke bulatan Masjid Negara atau ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.

"Arahan kepada SAMM ialah belok ke Jalan Tuanku Abdul Rahman perlahan-lahan supaya orang ramai akan ikut dan bersurai secara perlahan-lahan," katanya, merujuk kepada NGO pimpinannya, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

NONE Satu video saksi menunjukkan Anwar, yang berada di trak pick-up

SAMM di sudut Jalan Tun Perak dan Jalan Tuanku Abdul Rahman, memberi isyarat membelok ke kanan.

Dalam video itu,Chegubard yang juga pemimpin PKR Negeri Sembilan, dirakamkan sebagai berkata yang mereka mahu membelok ke kanan supaya mereka tidak berada di hadapan polis.

[Baca berita penuh]

ADS