Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pelancaran Jelajah 'Merdeka Rakyat: Pasca BERSIH 3.0'
Diterbitkan:  May 4, 2012 4:46 PM
Dikemaskini: 8:52 AM

Siri ceramah perdana dan jelajah “Merdeka Rakyat: Pasca BERSIH 3.0” akan dilancarkan Isnin ini.

Pelancarannya akan disempurnakan sendiri oleh Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Padang Kampung Baru, Batu Caves, Gombak jam 9 malam.

Menurut Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, ia akan turut disertai pimpinan terkanan PKR dan jemputan kepada pimpinan PAS dan DAP.

Rafizi berkata Anwar dijangka membuat pengumuman penting mengenai kedudukan pengerusi dan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di majlis pelancaran tersebut.

"Selain fokus kepada kejayaan rakyat menuntut proses demokrasi yang disuarakan melalui BERSIH3.0, PKR juga akan menayangkan dengan terperinci kejadian keganasan yang dilakukan pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Peluang itu juga, tambahnya, akan digunakan untuk membongkarkan perkembangan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Siri ceramah perdana dan jelajah Merdeka Rakyat: Pasca BERSIH3.0 akan dibawa ke seluruh negara untuk memastikan api semangat rakyat menuntut proses demokrasi yang adil akan terus membakar," tegas Rafizi.

ADS