Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas IGP: Ambiga tak tahu ancaman BERSIH 3.0
Diterbitkan:  May 6, 2012 11:28 AM
Dikemaskini: 6:02 AM

Tiga orang bekas ketua polis negara menyeru supaya pasukan berkenaan mengambil tindakan tegas ke atas penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 yang didakwa mahu menawan Dataran Merdeka dan mengguling kerajaan, lapor akhbar Berita Minggu .

Laporan berkenaan memetik kenyataan Tan Sri Rahim Noor, Tan Sri Musa Hassan dan Tun Haniff Omar yang bimbang perhimpunan tersebut diadakan untuk mencetus anarki dan keadaan darurat.

Laporan itu adalah susulan daripada kenyataan perdana menteri bahawa penganjur berkenaan merancang untuk menawan Dataran Merdeka bermula 28 April sehingga Hari Buruh.

NONE Rahim berkata komplot untuk mengguling kerajaan boleh berlaku berdasarkan keadaan perhimpunan tersebut, walau tidak diketahui oleh pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga.

Polis sebaliknya dapat mengesan ancaman terselindung seperti itu, Rahim lagi dalam laporan tersebut.

"Dalam sejarah negara sejak Perang Dunia Kedua, polis memang banyak pengalaman dalam hal sebegini tetapi Ambiga tiada langsung. Dia hanya belajar undang-undang.

"Ambiga dan pihak lain terbabit bersekongkol untuk tujuan masing-masing, tetapi umpama tidur sebantal mimpi lain-lain."

Musa pula dipetik sebagai berkata, komplot mengguling kerajaan seperti itu diperhatikannya berlaku di beberapa negara dan perhimpunan 28 April jelas menyimpang daripada tujuan sebenar.

Pandangan Musa itu juga disokong Haniff yang berkata kenyataan perdana menteri berasas kerana berdasarkan maklumat risikan polis.

Tambahnya peluang untuk mengguling kerajaan seperti itu memang ditunggu oleh individu tertentu.

ADS