Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Senator Australia, Nick Xenophon berkata beliau sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dua akhbar tempatan, termasuk Utusan Malaysia , kerana tersalah memetik ucapannya yang menggambarkan beliau sebagai anti-Islam.

nick xenophon 290412 "Sudah tentu (tindakan undang-undang akan dipertimbang) dalam apa sahaja bahasa ia diterbitkan sama ada mereka telah memohon maaf atau tidak," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Xenophon (kanan) merujuk kepada sebuah artikel yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan New Straits Times (NST) yang telah tersalah memetik  ucapannya di di Parlimen Australia pada 17 November 2009.

Akhbar harian berbahasa Inggeris NST telah memohon kerana "kesilapan besar" itu pada hari berikutnya.

NONE Xenophon mengesahkan laporan awal yang memetik jurucakap dari pejabatnya bahawa beliau masih akan mengambil tindakan undang-undang terhadap NST walaupun akhbar tersebut telah memohon maaf.

Utusan Malaysia milik Umno, yang menerbitkan berita yang sama yang

tersalah petik Xenophon, telah mengeluarkannya dari versi dalam talian di laman webnya tetapi tidak memohon maaf.

Xenophon adalah sebahagian daripada pasukan tujuh anggota pemantau antarabangsa dalam dalam misi pencarian fakta mengenai sistem pilihan raya Malaysia.

[Baca berita penuh]

ADS