Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BERSIH tolak panel 'tak berkuasa' Hanif
Diterbitkan:  May 11, 2012 4:27 PM
Dikemaskini: 9:21 AM

BERSIH hari ini menolak pembentukan panel bebas bagi menyiasat dakwaan berlaku keganasan sewaktu perhimpunan menuntut reformasi sistem pilihan raya anjurannya pada 28 April lalu.

Ia ekoran kerajaan tidak menyatakan undang-undang yang akan digunakan untuk menubuhkan dan memastikan panel itu berjalan, kata gabungan 84 NGO itu dalam kenyataan hari ini.

NONE "Jika ia tidak ditubuhkan bawah mana-mana undang-undang sedia ada yang berhubungan dengan suruhanjaya siasatan, panel tidak mempunyai kuasa memanggil saksi, mempertahankan dokumen dan maklumat yang dikemukakan, serta tiada kuasa memberi kekebalan kepada pemberi keterangan, " kata BERSIH.

Menurut BERSIH, tanpa perlindungan terhadap saksi, mangsa keganasan polis yang tampil menghadapi risiko saman fitnah sekiranya bukti tidak diterima oleh panel.

Gabungan itu berpendapat, panel itu sepatutnya diketuai oleh wakil Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Frank La Rue dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

[Baca berita penuh]
ADS