Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Semak rekod saya dulu, kata Hanif pada pengkritiknya
Diterbitkan:  May 11, 2012 5:05 PM
Dikemaskini: 12:35 PM

Bekas ketua polis negara, Tun Hanif Omar meminta agar pihak yang mengkritik serta meragui integritinya untuk mengetuai panel penasihat bebas mengenai perhimpunan BERSIH 3.0 supaya melihat kembali rekod lama semasa menganggotai jawatankuasa menyiasat kes kematian remaja Aminulrasyid Amzah.

NONE Hanif merupakan salah seorang daripada lapan anggota panel yang menyiasat insiden polis menembak mati Aminulrasyhid, 14, pada tahun 2010.

"Kalau mereka berasa bimbang akan berlaku ketidaksaksamaan, mereka boleh bertanya sendiri kepada ahli-ahli panel terbabit sama ada saya berat sebelah ketika itu,” katanya dalam laporan akhbar Sinar Harian.

Hanif berkata, persepsi yang sama turut berlaku terhadapnya apabila beliau dilantik menganggotai Suruhanjaya Memantapkan Pengurusan dan Operasi PDRM pada tahun 2004/5.

Bagaimanapun, beliau berharap dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan oleh kerajaan untuk mengetuai panel tersebut.

"Selepas bertanya kepada Kementerian Dalam Negeri, saya telah diberitahu oleh ketua setiausaha bahawa menteri (Hishammuddin Tun Hussein) akan memanggil saya tidak lama lagi untuk terma-terma rujukan pada hari tersebut," katanya lagi.

[Baca berita penuh]

ADS