Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MCA tunggu laporan ahli Pengerang keluar parti
Diterbitkan:  May 21, 2012 6:08 PM
Dikemaskini: 1:26 PM

MCA pusat masih menunggu laporan rasmi daripada MCA Johor mengenai tindakan 10 anggota dari bahagian Pengerang keluar parti itu Jumaat lepas.

    

gan ping sieu on sport betting 250610 02 Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu berkata sekalipun sudah dimaklumkan mengenainya, MCA pusat perlu menunggu laporan rasmi sebelum membincangkannya.

    

Gan yang ditemui pemberita di Johor Bahru hari ini, diminta mengulas laporan akhbar berbahasa Cina bahawa kumpulan itu bertindak keluar parti selepas MCA bahagian Pengerang tidak mengendahkan pandangan mereka berhubung Projek Pembanguan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang.  

    

Laporan terbabit juga menyebut 50 lagi anggota MCA dari bahagian itu akan menyusul jejak langkah kumpulan berkenaan tidak lama lagi.

    

Mengulas lanjut, Gan yang juga timbalan menteri belia dan sukan berkata beliau difahamkan tindakan kumpulan terbabit bukan disebabkan isu pampasan, tetapi kerana enggan berpindah dari Kampung Sungai Kapal yang terbabit dalam projek Rapid.

pengerang protest against petrochemical industry 180312 01 "Saya faham perasaan mereka yang sayangkan kampung kerana telah lama tinggal di situ, tetapi mereka mesti membuat sedikit pengorbanan kerana ini merupakan projek yang bukan hanya penting kepada negeri tetapi negara," katanya.

Projek yang melibatkan pelaburan yang besar itu, katanya, penting untuk meningkatkan taraf ekonomi penduduk, khasnya generasi akan datang.

    

"Apa yang kerajaan dapat buat ialah membayar pampasan tanah kepada penduduk kampung mengikut harga pasaran, tapi pada dasarnya tujuan projek itu memang jujur dan murni untuk memberi manfaat kepada rakyat pada masa akan datang," katanya.

    

Gan juga melahirkan rasa kesal terhadap sesetengah pihak terutamanya pembangkang, yang mempolitikkan isu Rapid dengan menuduh kerajaan sengaja memusnahkan kampung rakyat.

- Bernama

ADS