Tindakan ROS, Saifuddin rayu kes gantung pembatalan PN sudah dijangka - peguam
Peguam Perikatan Nasional (PN) Rafique Rashid Ali, mengesahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menggantung pembatalan pendaftaran gabungan itu.
"Saya boleh mengesahkan bahawa Notis Rayuan telah diserahkan kepada peguam cara PN pagi ini.
"Kami telah menjangkakan perkara ini.
"Kami akan memberikan respons terhadap rayuan tersebut sewajarnya," katanya kepada Malaysiakini.
Terdahulu, notis itu menamakan Ketua Pengarah ROS Zulfikar Ahmad dan Saifuddin sebagai perayu.
Ia difailkan oleh peguam kanan persekutuan bagi kedua-dua pihak yang mahu mencabar keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Azizan Arshad semalam.
Dalam keputusannya, Azizan memutuskan wujud keadaan luar biasa yang mewajarkan penggantungan itu. Dia mengambil kira peranan politik PN serta implikasi terhadap haksebagai wakil rakyat dan kerajaan negeri.
Perintah penggantungan tersebut kekal berkuat kuasa sementara menunggu keputusan permohonan semakan kehakiman gabungan itu.
"Pada peringkat ini, mahkamah tidak akan memutuskan sama ada tindakan responden membatalkan pendaftaran adalah sah, atau sama ada ia dikecualikan daripada semakan kehakiman.
"Impak atau kesahan penggunaan kuasa sedemikian masih boleh dicabar dalam prosiding berasingan," kata Azizan.
Keputusan mahkamah itu sekaligus memberi peluang untuk gabungan berkenaan bertanding menggunakan logonya sendiri pada Pilihan Raya Negeri Melaka.
Keputusan mahkamah dibuat selepas ROS membatalkan pendaftaran PN pada Selasa lalu berikutan jawapan gabungan itu terhadap notis tunjuk sebab dianggap tidak memuaskan.
Lapor komen ini
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/05/79dc56eb34e1aef5b840c71bb6a68649.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.