Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muhyiddin: Pakatan akan demo jika tewas p'raya

Timbala Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong teori yang dikemukakan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Pakatan Rakyat akan mengadakan demonstrasi besar sekiranya tewas dalam pilihan raya akan datang.

Dalam ucapannya ketika melancarkan jentera BN Kuala Lumpur hari ini, Muhyiddin juga menyetujui pandangan Mahathir bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 merupakan pemula kepada kekacauan selepas pilihan raya.

Senario berkenaan merupakan perancangan Pakatan, dakwanya yang menambah, perhimpunan BERSIH 3.0 tidak perlu dijalankan kerana pihak berkuasa telahpun membuat pelbagai usaha untuk memperbaiki sistem pilihan raya.

Tambahnya, usaha berkenaan merupakan perang psikologi Pakatan denga menyebarkan dakwaan bahawa sistem pilihan raya tidak bersih untuk menghasut rakyat.

[Baca berita penuh]

ADS