Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pua: Mengapa k'jaan jual 60 peratus saham FGVH?
Diterbitkan:  Jun 4, 2012 2:24 PM
Dikemaskini: 8:29 AM

Setiausaha publisiti DAP Tony Pua mempersoalkan tindakan kerajaan yang "begitu terdesak" sehingga menjual kepentingan dalam Felda Global Ventures Holdings (FGVH) secara besar-besaran melalui tawaran awal permulaan (IPO).

Katanya, penjualan 60 peratus saham yang dimiliki Felda itu akan membolehkan kerajaan mengumpul RM5.5 bilion daripada RM9.96 bilion yang dijangka akan berjaya diraih menerusi IPO saham FGVH.

"Sebab kerajaan memerlukan RM5.5 bilion daripada penjualan saham FGVH milik Felda tidak dinyatakan dalam prospektus.

"Kita hanya mengetahui melalui media bahawa RM1.69 bilion telah diperutukkan untuk memberi bayaran 'durian runtuh' RM15,000 kepada setiap keluarga Felda yang akan memakan perbelanjaan RM1.69 bilion," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, kerajaan sepatutnya memegang saham tersebut selama mungkin jika benar FGVH akan menjadi syarikat global yang bakal meraih keuntungan seperti dinyatakan perdana menteri.

"Apa sebabnya kerajaan tergesa-gesa menjual begitu banyak sahamnya," soalnya lagi yang menambah, suasana pelaburan pada masa ini juga "amat negatif."

"Langkah yang begitu terdesak, di samping penambahan keuntungan FGVH dengan pendapatan RM500 juta yang sepatutnya hasil kepada Koperasi Permodalan Felda (KPF) setiap tahun, membina keraguan bahawa ada udang di sebalik batu," katanya lagi.

 

ADS