Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PTPTN: Bayar RM50 sebulan pun kita terima'
Diterbitkan:  Jun 8, 2012 3:15 PM
Dikemaskini: 8:04 AM

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini berkata badan itu tidak mengkhianati atau menganiayai pelajar sebaliknya bertolak ansur dalam memungut kembali wang pinjaman itu.

NONE Pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said (kiri) berkata pihaknya sentiasa membuka pintu untuk rundingan dan menjadualkan semula bayaran kepada peminjam yang menghadapi masalah untuk membayar balik pinjaman.

"Dakwa sesetengah pihak, PTPTN mengkhianati atau menganiayai pelajar (peminjam) tidak benar sama sekali, malah jika mereka bersedia membayar RM50 sebulan pun kita terima.

"Apa yang dikesalkan mereka yang mendapat pinjaman itu terus tidak menghubungi PTPTN setelah tamat pengajian walaupun berpuluh kali dihubungi dan jalan terkakhir kami adalah terpaksa keluarkan surat melalui mahkamah," katanya kepada pemberita di Temerloh semalam.

Ismail yang juga anggota parlimen Kuala Krau turut menggesa graduan yang menghadapi masalah dalam membayar semula pinjaman segera datang berunding dengan PTPTN bagi mengatasi masalah itu.

azlan Mengenai keputusan PTPTN yang mewajibkan pelajar mempunyai akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dengan simpanan minimum RM20 bagi mendapatkan pinjaman PTPTN berkuatkuasa 1 Jan lepas, katanya ia bertujuan menggalakkan budaya menabung di kalangan ibu bapa bagi pendidikan tinggi anak-anak mereka.

Dengan skim ini, katanya ibu bapa boleh merancang dana pembiayaan pendidikan anak-anak untuk melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi.

Ismail berkata skim yang dijamin kerajaan itu turut memberi pelbagai keistimewaan merangkumi pelepasan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sebanyak RM3,000.

Katanya dari Januari hingga 31 Mac lalu, sebanyak 1.2 juta akaun SSPN dibuka oleh pendeposit membabitkan simpanan RM605.43 juta.

--Bernama

ADS