Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KWAP langgan RM1b sukuk kekal MAS
Diterbitkan:  Jun 12, 2012 8:24 PM
Dikemaskini: 12:34 PM

Malaysian Airline System Bhd (MAS) hari ini menerbitkan Program Sukuk Juniro Kekal RM2.5 bilion, dengan bahagian pertama sebanyak RM1.0 bilion dilanggan sepenuhnya oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).

    

Sukuk itu yang merupakan tunggak pelan pembiayaan syarikat penerbangan itu bagi meningkatkan modal asas, diurus oleh Maybank Investment Bank Bhd.

Bercakap di majlis perjanjian Program Sukuk itu hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ahmad Jauhari Yahya berkata kumpulan itu juga memperoleh komitmen kukuh untuk baki RM1.5 bilion.

klia airport 141105 mas aircraft at the terminal "Saya gembira mengumumkan bahawa keseluruhan Program Sukuk kami dilanggan sepenuhnya," katanya.

Ahmad Jauhari berkaa MAS juga bangga berada pada kedudukan dihadapan dalam inovasi Pasaran Modal Islam dengan sukuk kekalnya.

"Saya difahamkan ia merupakan sukuk pertama terbitan korporat di dunia dan juga oleh sebuah syarikat penerbangan," katanya.

Sukuk kekal ini membolehkan syarikat memperbaiki lembaran imbangan dan nisbah hutang memandangkan ia diperakui sebagai modal ekuiti dalam standard perakaunan Malaysia, dan menyediakan kadar pembiayaan jangka panjang yang munasabah sebanyak 6.9 peratus setahun, katanya.

    

Sukuk kekal ini kata Ahmad Jauhari merupakan asas pelan pembiayaan syarikat penerbangan, yang seterusnya akan menjadi asas untuk MAS melancarkan program inisiatif peningkatan operasi terancang, dalam usahanya kembali mencatat keuntungan berkekalan.

    

Sukuk kekal itu dianggap sebagai produk bersesuaian untuk MAS memandangkan ia merupakan ekuiti yang secara relatifnya merupakan modal berkos rendah berbanding ekuiti biasa, dan pada masa yang sama menawarkan pulangan menarik kepada pelabur.

Ia boleh ditebus pada opsyen MAS selepas 10 tahun, dan pada setiap tarikh pengangihan selepasnya.

- Bernama

ADS